Follow Us On Facebook

Mataf Industries Pembekal Mesin Proses Ayam

Wednesday, September 1, 2021


Mesin Cucuk Satay Manual..
Kini Anda Boleh Menghasilkan 288 Cucuk Satay 
dalam Masa 1 Jam Sahaja...
Paling BEST Cuma Perlukan 
1 Orang Operator Sahaja







Mesin Cucuk Satay Manual atau disebut juga dengan Satay Meat Skewers merupakan mesin yang memudahkan anda untuk mencucuk satay secara manual dengan cepat dengan kapasiti 288 cucuk hanya dalam waktu 1 jam. Mesin ini berukuran 60 cm dengan lebar 35 cm dan tinggi 40 cm. Mesin ini berasal dari China dan berfungsi secara manual menggunakan tangan. Meskipun begitu, ia mampu membuat kerja anda menjadi lebih efisien, cepat dan mudah.











Potensi Keuntungan Bisnes Satay




Katalah seorang pakcik ini menjual 1000 cucuk sehari. Jadi kos jualan beliau adalah (1000 cucuk satay x 1 sen) = RM1000 sehari. Anda rasa berapakah keuntungan setiap cucuk satay? Katalah secucuk satay dapat memberikan keuntungan sebanyak 50%. Jadi dengan jualan satay 1000 cucuk sehari telah mendatangkan keuntungan bersih sebanyak RM500 sehari kepada pakcik ini. 

Untuk pengetahuan anda, pakcik ini hanya menjual satay dari jam 7 malam sehingga 12 malam sahaja. Hanya 5 jam bekerja sehari. Kalau dalam sebulan pakcik ini hanya bekerja 15 hari sahaja. Pendapatan bulanan pakcik ini adalah RM500 sehari x 15 hari = RM7500 sebulan. Tidakkah dengan menjalankan bisnes satay ini menguntungkan? Anda sendiri fikir fikirkan. Selamat berniaga.

Resepi Satay Simple Tapi Power



Sate diperbuat dari kepingan daging potong yang dicucuk menggunakan lidi kelapa atau buluh. Kebiasaanya, sate akan diperap menggunakan bahan-bahan tertentu yang kemudianya dibakar menggunakan arang kayu. Terdapat pelbagai jenis satay diantaranya:


Sate Daging
Sate Ayam
Sate Kambing
Sate Arnab
Sate Perut
Satay Pedal
Sate kerang
Sate Ikan
Sate Ayam atau Daging.
Hirisan Daging Atau Ayam * potong sebesar ibu jari
Lidi
Bahan Kisar.
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai *dihiris
3 cm lengkuas
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
Bahan-bahan lain:
2 sudu kecil Ketumbar * telah disangan dan tumbuk halus.
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar jintan putih
10 sudu besar Kicap Pekat Manis
2 ketul gula melaka* dipotong kecil atau dihiris
2 sudu garam
4 sudu gula putih
Minyak *agak-agak tidak terlalu banyak, tidak terlalu sedikit.




Cara- cara:
Satukan daging ayam atau daging lembu dalam satu bekas.
Kemudian blend bahan kisar dengan minyak, (pastikan minyak dapat belend kesemua bahan, jika tidak tambah minyak).




Setelah blend hancur, tuangkan kedalam bekas yang berisi daging tadi, dan masukan bahan-bahan seperti rempah , gula, garam kicap dan sebagainya.
Gaul rata bahan-bahan tersebut. (rasa bahan perapan, biar manis lebih tidak mengapa, rasa sedikit tak apa, jangan geli pula, nak sedap kan? ).
Kemudian perap semalaman atau selama 4 jam, untuk memberi rasa yang sebati dengan daging dan rempah.
Selepas perap, cucuk daging tadi dengan lidi, dan boleh lah siap dibakar.
Bakar menggunakan (30% MINYAK + 70%AIR GULA +SERAI * yang diketuk hujungnya.), bertujuan untuk renjis atau sapu pada satay semasa proses pembakaran.
Setelah siap, boleh dihidang bersama nasi impit, timun, bawang dan kuah kacang.
Selamat Mencuba!

Modal Yang Rendah


Dengan modal serendah RM499, anda boleh memiliki Mesin Cucuk Satay ini serta-merta. Anda akan memperolehi pakej berikut:



1 Unit Mesin Cucuk Satay
1 Tray cucuk satay
Percuma 1 Tray Cucuk Satay
Jaminan Selama 30 Hari





Mengapa Anda HARUS Memilih Mesin Cucuk Satay Manual ini?







KOS RENDAH - Anda boleh memulakan perniagaan satay dengan kos mesin satay yang sangat rendah dan amat berpatutan.
PERMINTAAN TINGGI - Anda bakal dapat menjual satay dengan mudah kerana permintaannya sangat tinggi.
RISIKO RENDAH - Memulakan peniagaan satay adalah kurang berisiko kerana ia memerlukan modal yang rendah, bahan mentah mudah didapati, mudah dikendalikan, mesin satay yang murah dan permintaan yang sangat tinggi.






P.S : Jangan berfikir panjang lagi, perniagaan Satay memang menguntungkan!


P.P.S : Permintaan terhadap Satay adalah tinggi di pasaran. Insya-Allah boleh dijadikan sumber pendapatan tetap jika anda benar-benar mahu melakukannya!



--------------------------

Mengenai Mataf Industries





Mataf Industries merupakan syarikat milik penuh Bumiputera yang membekalkan Mesin Cucuk Satay yang beroperasi di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Syarikat turut menawarkan jaminan selama 3 bulan bagi setiap mesin, dan hampir kesemua mesin kami merupakan buatan Malaysia. Harga mesin satay yang ditawarkan adalah berpatutan dan mampu-milik oleh para pengusaha satay. Mesin-mesin seperti mesin cucuk satay, mesin potong daging, mesin marinade, mesin blender, mesin pengisar kacang juga ditawarkan dengan harga berpatutan.

MATAF INDUSTRIES

179-G & 180-G, Jalan Lavender Heights 5, Lavender Heights Business Square, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

H/P: 019-6669279/019-6669219

Tel: 06-6760471


Waktu Operasi

Isnin-Jumaat: 9:00 Pagi - 6:00 Petang

Sabtu: 9:00 Pagi - 2:00 Petang

Layari: Facebook: https://www.facebook.com/mataf.my

Website: http://www.mataf.my

Youtube: https://www.youtube.com/channel/uca-BT3AbRZoBGeUG2A6uoJA/












Usahawan Satay Berjaya Sate: SMFI



Kecur air liur apabila mendengar perkataan sate. Makanan yang ramai peminat ini membuatkan ia tidak luput ditelan zaman, sentiasa ada penggemar tetap terhadap sate ini. Dengan mengikuti kisah seorang usahawan iaitu usahawan Mohd Syarifuddin Misjan, yang merupakan penerus pengusaha sate yang diwariskan oleh arwah ayahnya.

Perniagaan turun-temurun membuatkan keluarga Syarifuddin memelihara perniagaan ini agar terus berkembang kerana perniagaan  ini sudah wujud sejak 30 tahun yang lalu. Perniagaan keluarga yang diberi nama Syarif Mizan Food Industry Sdn Bhd berkembang pesat dengan lajunya mengikut peredaran zaman.

Jom ikuti kisah jatuh bangun syarikat Syarif Mizan Food Industry Sdn Bhd (SMFI Sdn Bhd).


Foto : Berita Harian

Berpindah kilang ke tempat yang selesa

Syarikat ini wujud sejak 1973 di mana perniagaan ini dibuat secara kecil-kecilan sahaja. Pada masa itu, nama syarikat masih belum ada. Pada akhir 2015, dengan berbekalkan modal sendiri iaitu RM 100,000.00 dan mendapatkan bantuan pinjaman daripada TEKUN, syarikat sate ini berhasil memindahkan tempat pemprosesan sate dari sebuah bengkel kecil kepada sebuah kilang yang berhampiran dengan rumah mereka.

Dengan perpindahan yang dilakukan, mereka berhasil menyediakan 10,000 sehingga 20,000 sate dalam masa sehari dan diedarkan kepada pelanggan mereka. Permintaan meningkat dan perniagaan berjalan dengan lancar pada awal pembukaan sate tersebut. Namun begitu, perniagaan sate keluarga Syarifuddin merosot apabila ayahnya, Misjan meninggal dunia pada tahun 2003 atas sebab sakit jantung.

Kemerosotan berlaku

Kemerosotan berlaku pada ketika kerana pelanggan tetap hilang kepercayaan apabila ibu Syarifuddin mengambil alih tugas ayahnya di mana sebelum ini hanya ayahnya sahaja yang mengetahui resepi sate perniagaan keluarga tersebut.  Tetapi, perniagaan sate tetap diteruskan apabila ibunya bermimpi mengenai resipi yang ayahnya hasilkan. Pengarah SMFI menyambung pengajian dalam bidang kulinari memandangkan dia perlu membantu ibunya meneruskan perniagaan keluarga tersebut.

Menghantar sampel untuk dapatkan pelanggan

Pada tahun 2008, Syarifuddin telah mengambil langkah yang bijak di mana beliau menghantar sampel sate ke hotel dan restoran untuk mendapatkan pelanggan. Pada tahun itun juga, SMFI telah mendapat kepercayaan semula apabila permintaan terhadap sate meningkat secara mendadak. Mereka juga banyka mendapat tempahan terutamanya pada musim perayaan dan bulan Ramadan.

Kepentingan Sijil Halal

Dengan berkembangnya syarikat Syarif Mizan Food Industry Sdn Bhd, Syarifuddin mula merasakan keperluan untuk mendapatkan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM untuk melancarkan pemasaran produk mereka. Pensijilan halal ini perlu kepada semua pembekal makanan untuk menjaga integrity halal walaupun bahan yang digunakan adalah halal. Pensijilan halal juga berguna dalam tujuan pemasaran agar ia diyakini oleh Muslim kerana rata-rata pelanggan SMFI adalah orang Islam. SMFI mendapat purata jualan dalam RM 60,000 hingga RM 120,000.00 hanya dalam sebulan.

Rancangan masa hadapan

Untuk perancangan masa hadapan, beliau merancang untuk memperkenalkan perniagaan kiosk secara francais untuk membantu peniaga yang menjalakan perniagaan sate dengan kos yang rendah.

Demikianlah kisah seorang usahawan yang berniaga dalam perniagaan sate. Walaupun perniagaan sudah berpuluh tahun lamanya, namun ia tetap berdiri teguh demi memelihara perniagaan keluarga sekaligus memberi inspirasi kepada orang Melayu agar berniaga.

https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2017/07/303502/jatuh-bangun-smfi-dalam-bisnes-sate

Jana Pendapatan Lumayan dengan Satay




Menceburi bidang perniagaan bukanlah mudah, ia memerlukan pengetahuan dan mempunyai kesabaran kerana dalam berniaga, terdapat banyak perkara yang akan dihadapi. Ada sahaja perkara yang akan berlaku sepanjang berniaga, adakala perniagaan akan maju, mundur dan mahupun ditutup operasi atas dasar tidak dapat meneruskan lagi. Mungkin sebab masalah kewangan, ekonomi negara mahupun tiada keinginan untuk meneruskannya lagi.

Kisah seorang usahawan sate ini memberi inspirasi dimana beliau tidak pernah putus asa dalam berniaga walaupun pernah gagal ketika menjadi pembekal piala kerana pada ketika itu, permintaan piala berkurangan. Demi kelangsungan hidup, beliau yang kini dikenali sebagai Pengarah Satay Station, Zul Karnain Abdullah mencari peluang perniagaan yang baru dan perniagaan yang tidak pernah dimakan zaman iaitu berniaga sate.

(Zul Karnain Abdullah, Pengasas Satay Station)

Beliau melihat terdapat potensi ke atas perniagaan sate selain tidak dimamah zaman, sate juga merupakan hidangan yang sentiasa ada pada musim perayaan. Pada hari biasa, sate turut dihidangkan. Zul Karnain juga mempunyai pengalaman dalam menjual sate kerana beliau pernah menjualnya ketika masih dalam alam persekolahan.

Zul Karnain turut mendapat tentangan daripada pekerjanya mengenai perniagaan yang bakal mereka jalankan kerana kurangnya pengalaman dalam bidang makanan dan minuman. Pekerja beliau juga kurang bersetuju dengan idea perniagaan kerana perniagaan sate sudah ramai yang menjualnya. Namun begitu, Zul Karnain tidak terpengaruh dan yakin perniagaan sate mempunyai potensi yang tersendiri.

Pada tahun pertama menjalankan perniagaan sate, permintaan sangat memberangsangkan dan pekerja beliau mulai melihat potensi terhadap perniagaan tersebut. Sudah tentu, resipi yang dbuat menambat hati pelanggan dan terus membelinya. Sate yang dijual juga sangat berkualiti kerana Satay Station menggunakan daging segar dan bermutu tinggi. Resipi yang digunakan juga merupakan resipi warisan keluarga, yang tidak terdapat di mana-mana tempat. Perbezaan sate Satay Station dengan sate lain ialah sate mereka mempunyai saiz yang besar dan menggunakan kuah kacang resipi keluarga.



(Sate yang dihasilkan oleh Satay Station)

Kini, Zul Karnain telah melakar nama dalam dunia perniagaan sate. Satay Station Sdn Bhd akhirnya dapat dikembangkan dan mendapat pembiayaan daripada Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB). Satay Station kini mempunyai 11 cawangan dan majoriti berada sekitar Lembah Klang. Menariknya, mereka juga menjual sate tuna di mana syarikat usahawan Francais Sate Tuna dari Labuan menjadi pembekal  bahan mentah ikan tuna dan membekalkannya di semua cawangan Satay Station. Ini merupakan usahasama yang dilakukan antara Satay Station dan usahawan Francais Sate Tuna untuk saling melengkapi dan menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Alamat Perniagaan: Satay Station Kg. Pandan (Satay House) No.55 Jalan A, Kg Pandan Dalam (Pusat)

Website: sataystation.blogspot.com

Facebook: Satay Station

No.Telefon: DL 03 - 9284 6607 / HL 019 - 383 6607 @ 019-282 7134

Rujukan:

http://kisahsidairy.blogspot.com/2017/05/sate-tuna-menu-terbaru-dan-pulangan.html

https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/10/198350/gagal-jual-piala-jadi-jutawan-sate

https://www.hmetro.com.my/agro/2017/06/240528/sate-tuna-sedap-berkhasiat